Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) telah menasihati orang ramai untuk menangguhkan perjalanan tidak penting ke semenanjung.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya dengan cuti sekolah yang akan datang, orang ramai dinasihatkan agar tidak pergi bercuti bersama anak-anak mereka ke negara atau negeri yang terjejas.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik dan memakai topeng muka jika tidak sihat. Sehingga hari ini, Sarawak telah melaporkan sebanyak 262 kes PUI sejak 10 Januari lepas. Dari jumlah ini, 237 telah diuji negatif manakala keputusan yang lain masih belum selesai.
Sumber: FMT