+6019-362 7935 [email protected]

Seramai 102 pelajar di lima buah institusi pendidikan di Labuan dihantar pulang ke kampung masing-masing di Lawas dan Limbang, Sarawak, melalui pengangkutan feri penumpang dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Program penghantaran pulang kumpulan pertama pelajar itu merupakan inisiatif Pejabat Residen Limbang dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, susulan penutupan institusi pendidikan dan sekolah di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail, berkata semua pelajar perlu menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) diikuti kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di Limbang.

 

Sarawak Kita