Kerajaan Sarawak optimis menubuhkan syarikat penerbangan sendiri bagi membolehkan negeri ini dihubungkan dengan lokasi strategik seperti Hong Kong, Korea, Jepun, Australia termasuk destinasi berdekatan yang lain.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata melalui perhubungan udara yang strategik seperti itu, ia akan membawa serta meningkatkan kemasukan pelancong ke Bumi Kenyalang ini.
Kerajaan Sarawak sebelum ini ada merancang untuk membeli bahagian syarikat penerbangan tertentu namun ia tidak dapat dilaksanakan disebabkan syarikat penerbangan terbabit mempunyai tanggungjawab tertentu