Selepas China dan Korea Selatan, kerajaan Sarawak kini mengharamkan pelancong asing yang datang dari Itali dan Iran untuk mengelakkan penyebaran Covid-19. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata semua warga asing yang melawat China, Korea Selatan, Itali dan Iran dalam masa 14 hari yang lalu tidak dibenarkan masuk Sarawak.
Ia juga berkata rakyat Malaysia yang telah ke negara-negara ini dalam 14 hari terakhir “sangat dinasihatkan” supaya tidak melawat Sarawak.
Penduduk Sarawak, penduduk tetap Sarawak, pemegang pass pekerjaan dan pelajar yang melawat negara-negara ini mesti menjalani kuarantin rumah wajib selama 14 hari.
Sumber: The Star