+6019-362 7935 [email protected]

Op Bersepadu Khazanah telah dilakukan di laluan rentas sempadan haram melalui jalan tikus menuju Indonesia di Tebedu. Pada jam 1 tengah hari, seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun telah ditahan kerana mahu menyeludup burung murai.

Cubaan menyeludup keluar sejumlah 1,060 ekor burung pelimang dan murai batu berjaya digagalkan oleh  Sepasukan Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA). Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM855,000 melalui jalan tikus di Tebedu.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun kerana cuba memberi suapan kepada pasukan operasi sebanyak RM7,000 sebagai balasan untuk tidak menahan wanita tersebut,” – Pegawai Pemerintah, Superintendan Rosdi Inai 

Burung pelimang dan murai batu ialah spesies yang dilindungi dan cuba diseludup ke negara Indonesia untuk dipasarkan kerana mempunyai permintaan dan harga yang tinggi di sana.

Memang tak patut. Kerana duit, haiwan terancam yang jadi mangsa.

Sumber: Sinar Harian

 

Sarawak Kita