“Apabila tiba bulan Ramadan, pastinya ada pelbagai jenis kuih-muih yang hanya dijual di bulan mulia ini dan kuih-kuih ini yang saya nantikan.
Tetapi untuk tahun ini, tidak mengapa kerana kita perlu sama-sama pastikan virus ini dapat dihapuskan sepenuhnya,” – Martino Unjan Mohamaddin
Ekoran penularan COVID-19 di seluruh dunia, ketiadaan kemeriahan bazar Ramadan sememangnya dirasai. Lebih-lebih lagi di Sarawak, bukan sahaja bagi masyarakat beragama Islam, malah turut dirasai komuniti bukan Islam.
Keunikan bazar ramadan di Sarawak:
- Menghimpunkan pelbagai jenis juadah yang unik
- Medan mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai bangsa dan agama.
Biarpun kini platform digital menerusi e-bazar diwujudkan namun kemeriahannya tetap berbeza dan rata-rata warga Bumi Kenyalang yang ditemui mengharapkan agar suasana kembali seperti sediakala.
Sumber: Astro Awani