Tiada perubahan. Sarawak akan mengekalkan waktu operasi perniagaan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam bagi perniagaan tertentu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukannya jam 8 pagi hingga 8 malam seperti yang dikuat kuasakan di seluruh negara mulai esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Hui Kian berkata, apa jua arahan atau perintah baharu, objektifnya tetap sama iaitu untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).
“Kita mahu orang ramai berada di rumah untuk menghentikan penyebaran jangkitan Covid-19. Ini yang lebih penting. Kita dapat lihat masih banyak kenderaan di atas jalan raya ketika ini,”
Sarawak telah menguatkuasakan peraturan yang menghendaki orang awam kekal di dalam rumah dari 7 malam hingga 7 pagi semasa tempoh pelaksanaan PKP.
Sumber: Sinar Harian