+6019-362 7935 admin@sarawakkita.com.my

Bermula 1 Ogos ini, Kerajaan Sarawak mewajibkan permit polis bagi perjalanan antara Zon Satu yang merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, dengan Zon Dua (Sri Aman hingga ke Limbang). Langkah itu susulan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk melaksanakan sekatan perjalanan.

Ia adalah berikutan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak sejak kebelakangan ini. Peraturan itu turut terpakai kepada mereka yang akan melakukan perjalanan pada atau selepas 1 Ogos ini sekalipun tiket dibeli lebih awal sebelum penguatkuasaan peraturan berkenaan.

“Keperluan ini (permit) terpakai untuk syarikat penerbangan, bot ekspres dan perkhidmatan bas antara bahagian yang beroperasi antara dua zon terbabit. Syarikat penerbangan dan pengusaha bot serta bas perlu memastikan hanya yang mereka ada permit polis dibenarkan menaiki pengangkutan berkenaan dan melakukan perjalanan antara kedua-dua zon,” – Menteri Pengangkutan Sarawak

Sumber: Berita Harian

 

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!