+6019-362 7935 [email protected]

Kerajaan negeri Sarawak memandang serius isu kemudahan awam di pedalaman Sarawak termasuk di Pakan, Sarikei. Kesukaran logistik dihadapi peduduk Pakan, Sarikei untuk ke pekan terdekat kerana jaraknya sejauh 44 kilometer, hanya untuk membeli barangan keperluan asas atau mengeluarkan wang dari mesin transaksi automatik (ATM).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mencari penyelesaian bagi menempatkan lebih banyak kemudahan agen-agen bank di kawasan pedalaman termasuk Pakan. Bagaimanapun, situasi itu hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja dan akan mengambil perhatian serius supaya penduduk di pedalaman terima kemudahan sama seperti penduduk di bandar.

“MKN telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia bagaimana hendak menentukan agen-agen bank di kawasan luar bandar ini dengan mengambil kira kewangan di sesuatu kawasan.”

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita