+6019-362 7935 [email protected]

“Setakat ini, bekalan tersebut mencukupi untuk sebulan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menempah sebanyak tujuh juta lagi dan masih belum diterima.

“Tempahan itu adalah merupakan tambahan kepada bekalan sedia ada. Sebab itu pagi tadi kita memaklumkan semua hospital supaya memberikan maklumat terkini kepada JPBN mengenai masalah yang dihadapi termasuk bekalan PPE,” – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Untuk tempoh sebulan, bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) di Sarawak adalah mencukupi bagi petugas kesihatan di negeri tersebut.

Menurutnya, bekalan kelengkapan perlindungan yang berjumlah RM6 juta itu telah diterima. Malah, akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita