+6019-362 7935 [email protected]

Malaysia berada di kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia, menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2019. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata Malaysia juga dianggap negara ketiga paling aman di Asia Tenggara di belakang Jepun dan Singapura.

“Laporan GPI ini adalah penting dan perlu ditonjolkan kerana ia akan menarik pelabur dan pelancong asing ke negara ini.” -Mohamad Sabu

Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan juga komited untuk meningkatkan keselamatan di Sabah dan Sarawak bagi mengatasi ancaman dan pencerobohan luar termasuk siri kejadian penculikan.

Pada masa sekarang, Malaysia berada dalam kedudukan yang baik berbanding nombor 26 pada tahun 2018 dan ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sumber: NST

 

Sarawak Kita