+6019-362 7935 [email protected]

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersetuju menerima TV Sarawak (TVS) sebagai rakan strategik dan akan membiayai penerbitan karya terbitannya melalui inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana).

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan. Selain itu, Finas juga akan meneruskan kesinambungan kejayaan Program Finas Prihatin melalui pelaksanaan Finas Prihatin 2.0 dengan sasaran menyantuni 50 lagi penggiat industri.

Finas juga akan mengatur perjumpaan dengan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) untuk memudahkan lagi urusan berkaitan penggambaran filem terutamanya bagi syarikat produksi yang menerima manfaat Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

 

Sarawak Kita