+6019-362 7935 [email protected]

Tindakan lebih agresif dilakukan kerajaan Sarawak dengan menutup semua pintu sempadan negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas selesai mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri Sarawak pada Sabtu.

Bagaimanapun, hanya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

“Manakala CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang,”

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita