Pendaki gunung boleh memilih sama ada mendaki Gunung Murud setinggi 2,424m atau Batu Lawi yang terkenal setinggi 2,043m yang terletak di kawasan Kelabit Highlands.
Tapi perlu diiingatkan adalah ini ekspedisi dan panduan yang serius diperlukan. Jadi, porter perlu diupah (RM 80 sehari) di Bario atau Bakelalan. Untuk Batu Lawi, peralatan dan pengalaman mendaki gunung juga sangat diperlukan.
Untuk ke sana, MasWings ada mengendalikan penerbangan turboprop DHC-6 Twin Otter ulang alik dari Miri ke Ba’Kelalan dan Bario.
Dari sana trekking diperlukan sekitar empat hari perjalanan melalui hutan yang kini menjadi sebahagian daripada Taman Negara Pulong Tau bagi mereka yang ingin melawat Batu Lawi.
Sumber: Sarawak Tourism