+6019-362 7935 [email protected]

Di Sarawak, disahkan bahawa kes koronovirus baharu (Covid-19) terhadap tiga individu diuji positif wabak itu, hari ini. Dua daripada kes itu antara mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling di Selangor pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Justeru, kami merayu kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu untuk segera menghubungi hospital terdekat bagi membolehkan siasatan dan pemeriksaan dijalankan.

Setakat ini, Jabatan Kesihatan Sarawak sudah mengesan 236 peserta perhimpunan itu dan akan terus mengesan bakinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.” – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah

Jabatan Kesihatan Sarawak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul akibat penularan Covid-19 di hospital yang ditetapkan iaitu Hospital Besar Sarawak, Sibu Hospital, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

Sumber: Harian Metro

 

 

Sarawak Kita