Richard Laing, Vanessa Serawa Suel dan Emmelyn Manyie Sibat dari SMK Merbau, Miri menerima anugerah serta memperoleh pingat emas dalam Ekspo Rekaan dan Inovasi Antarabangsa di Taiwan pada Disember tahun lalu.
Ciptaan mereka iaitu Evra Smart-G itu dianugerahkan pingat emas dari World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) serta anugerah khas dari Norton University Kingdom of Cambodia Nation Religion King.
The Evra Smart-G merupakan alat bantu mengajar yang boleh kita recycle. Ia bukan sahaja menyelamatkan bumi dari plastik dan polistren, bahkan sarung tangan ini memudahkan para guru memadam papan putih tanpa menjejaskan kulit tangan.
Nanti boleh guna di sekolah adik kitak!
Sumber: Astro Awani