Pada Isnin lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan tiga nelayan Vietnam di perairan Tanjung Sirik.
Pemeriksaan mendapati tiga lelaki warga Vietnam berusia antara 19 hingga 54 tahun berada di dalam bot berkenaan. Bot nelayan asing itu dikesan oleh anggotanya yang terbabit dalam gerakan Op Naga Timur dan Op Permai pada jam 10.45 pagi (Isnin) di kedudukan 33 batu nautika di utara Tanjung Sirik.
“Mereka tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di perairan negara kita dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah,”
Bot dan tiga nelayan itu kemudian ditahan dan diiring masuk ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis.
Sumber: Berita Harian