+6019-362 7935 [email protected]

Menurut satu kenyataan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, tiga kes PUI direkodkan di Hospital Umum Sarawak pada 20 Februari 2020. Ketiga-tiganya adalah rakyat Malaysia.

Dengan ketiga-tiga kes ini, Sarawak kini mempunyai sejumlah 102 kes PUI sejakn10 Januari lalu. Majoriti dari jumlah 79 kes, adalah rakyat Malaysia, manakala 20 orang warga China. Terdapat seorang warga Thai, seorang warga Indonesia dan seorang Kanada.

Walau bagaimanapun, sejumlah 97 orang telah diuji negatif dan lima (empat di Hospital Kerajaan Sarawak dan satu di Hospital Miri, kesemuanya rakyat Malaysia) masih menunggu keputusan daripada ujian makmal.

Sumber: The Borneo Post

 

Sarawak Kita