Sarawak hari ini mencatatkan sifar kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kekal pada 682.
Tujuh kluster aktif masih ada di negeri ini, melibatkan 62 kes. Mereka adalah Kluster Firma Kejuruteraan dengan lapan kes, Kluster Mambong (7), Kluster Pasar Stutong (7), Kluster Sentosa (31), Kluster PUI Melbourne (3), Kluster Syarikat Pembinaan Kuching (2) dan Kluster Pasar Satok (4) .
Kes positif terakhir di negeri ini dilaporkan pada 14 Ogos, melibatkan seorang lelaki tempatan dari Mukah yang menuntut di Rubat Fatah Seon College dan University, Yemen.
Sumber: The Borneo Post