“Tabika, taska, dan pusat tahfiz diarahkan ditutup, manakala IPT juga diarahkan menanggguhkan sesi pengajian selama dua minggu bermula esok. Semua sekolah juga dinasihatkan memanjangkan cuti sekolah selama seminggu sehingga 29 Mac,” – Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Semua sekolah, tabika, taska dan pusat tahfiz di seluruh Sarawak diarah tutup sehingga 29 Mac depan dalam usaha kerajaan negeri mengekang penularan wabak COVID-19.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata selain itu, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta juga diarah menangguhkan sesi pengajian selama dua minggu selepas negeri itu mencatatkan 34 kes positif COVID-19.
Sumber: Astro Awani