Tarian Pahlawan sangat popular dalam kalangan suku kaum Iban di Sarawak! Ia muncul ketika zaman pemburu-pemburu kepala legenda di Borneo.
Tarian ini secara tradisinya dilakukan untuk meraikan pemenang perang semasa Gawai Kenyalang (Festival Hornbill). – Borneo Eco Tours
Hari ini, kebanyakannya dilakukan untuk mengalu-alukan tetamu-tetamu besar, serta semasa Hari Gawai, perayaan kesyukuran yang diraikan di Sarawak.
Penari Ngajat berdiri dan bergerak dalam bulatan, berayun ke kiri dan kanan sambil kadang kala melompat mengikut irama muzik. Instrumen yang digunakan semasa tarian termasuk gong, gendang dan instrumen bertali. Selain memakai hiasan kepala yang unik, para penari juga kadang-kadang memegang perisai dan pedang!
Sumber: Borneo Eco Tours