Satu lagi tarian yang melambangkan keberanian pahlawan Borneo ialah Magunatip atau Bamboo Dance. Ia adalah tradisi orang Murut, dan mungkin salah satu tarian yang lebih mencabar berbanding yang lain.
Penari melompat di atas beberapa batang buluh sambil bertepuk tangan antara satu sama lain. Buluh tadi diletakkan pada ketinggian pergelangan kaki dari tanah . Kelajuan tempo dan bertepuk tangan bergerak semakin laju dari masa ke masa, jadi anda memerlukan kedua-dua gerakan dan masa yang baik untuk mengelakkan kaki anda tersangkut!
Instrumen-instrumen seperti gong kadang-kadang digunakan dalam iringan, walaupun bunyi batang bulu berlaga telah menghasilkan rentak dengan keunikan tersendiri.
Sumber: Borneo Eco Tours