+6019-362 7935 [email protected]

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun lalu, nampaknya sudah ada ada berita gembira apabila warganegara Malaysia yang ingin merentas negeri ke Sarawak dilonggarkan

Mereka dari Semenanjung, Sabah dan Labuan bukan sahaja tidak perlu membuat permohonan kemasukan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak seperti sebelum ini, malah tidak perlu lagi menjalani ujian saringan COVID-19 (PCR) sebelum berlepas ke negeri berkenaan.

Ia diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Ia akan digunakan sebaiknya buat mereka yang ingin pulang ke kampung halaman di Sarawak atau pelancong yang ingin melawat tempat menarik di negeri ini memandangkan pelancongan domestik dibenar beroperasi semula semasa PKPP.

Sumber: Awani

 

Sarawak Kita