+6019-362 7935 [email protected]

Sebuah letupan berlaku pada Isnin (13 Januari 2020) di sepanjang seksyen saluran paip gas antara negeri Sarawak-Sabah yang terletak di kawasan hutan jauh di Baram. Kejadian letupan awal pagi itu berlaku tidak jauh dari Long Kawa, sebuah penempatan Penan yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Telang Usan.

“Saya tidak pasti apa sebabnya. Juruteknik Petronas sedang dalam perjalanan ke sana untuk mengetahui keadaan terkini…Seorang pegawai kanan Petronas memberitahu saya pagi ini bahawa tiada kecederaan,” – kata ADUN Telang Usan, Dennis Ngau

Kes terbaru ini adalah keempat kejadian letupan / kebakaran di sepanjang laluan perbatasan sempadan Sarawak.

Pada 8 Mei tahun lalu, kebakaran berlaku di saluran paip dekat kampung Long Segemang di daerah Lawas di utara Sarawak. Namun, kebakaran itu tidak menyebabkan letupan atau kecederaan kepada sesiapa.

Sumber: The Star

 

Sarawak Kita