+6019-362 7935 [email protected]

Bahagian Miri merangkul 421 mata daripada 31 pingat emas, 23 pingat perak dan 29 gangsa untuk muncul juara keseluruhan di pertandingan sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia peringkat ke-48 (MSSS) yang diadakan di Kompleks Sukan Sarikei dari 2 hingga 5 Mac.

Sarikei yang mencuba merebut gelaran berbekalkan tempat sendiri, dah lakukan yang terbaik untuk menamatkan saingan dengan 363.5 mata daripada 19 emas, 30 perak dan 20 gangsa.

Ketiga ialah Kuching (266 mata dari 18-17-15) diikuti oleh Bintulu, Sibu, Limbang, Kapit, Mukah, Samarahan, Betong, Sri Aman dan Serian.

Tahniah semua!

 

Sarawak Kita