+6019-362 7935 [email protected]

Syarikat yang menjalankan aktiviti ekonomi di zon hijau tidak dibenarkan operasi jika didapati ada pergerakan dan pembekalan dari kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah wabak COVID-19.

Berdasarkan kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mana-mana syarikat yang dibenarkan beroperasi di negeri itu wajib mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang permohonan untuk beroperasi perlu dihantar kepada Sekretariat JPBN Sarawak bagi tujuan kelulusan dan rekod.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita