+6019-362 7935 [email protected]

Pihak TM Sarawak telah pun memberi sumbangan wang tunai kepada UiTM Cawangan Sarawak. Ia bagi membantu penuntut institut pengajian tinggi itu yang masih berada di dalam kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sumbangan diserahkan oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Jafer Shadiq Abdul Lathiff kepada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali di kediaman beliau di Kota Samarahan. Sumbangan berkenaan adalah kerjasama antara kedua-dua pihak, untuk membantu membeli keperluan serta makanan bagi semua penuntut UiTM Sarawak yang masih berada di dalam kampus sepanjang PKP ini.

Seramai 1,222 penuntut UiTM Sarawak yang masih berada di asrama Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2, termasuk lebih 200 penuntut yang tinggal di luar. Sebilangan besar mereka adalah dari Sarawak dan Sabah, selain dari Semenanjung kerana tidak dapat balik disebabkan PKP.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita