+6019-362 7935 [email protected]

Kkadar jenayah indeks di kontinjen Sarawak iaitu sebanyak 4,924 kes adalah kurang dari nilai ambang yang ditetapkan Bukit Aman iaitu 5,601 atau penurunan sebanyak 4.39 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Statistik indeks jenayah di Sarawak menurun sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Mac lalu ekoran pandemik COVID-19.

Jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sebanyak 13.15 peratus, manakala jenayah harta benda pula menurun sebanyak 2.85 peratus.

 

Sarawak Kita