+6019-362 7935 [email protected]

“Proses penghasilan dimulakan Jumaat lalu di Makmal Kimia Kampus Samarahan 2 mengikut formulasi yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” 

Bagi menampung keperluan di hospital negeri Sarawak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menghasilkan ‘hand sanitizer’ bagi menghadapi penularan wabak Covid-19.

Cecair pembasmi kuman itu dihasilkan dengan kepakaran staf Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Kampus Samarahan 2. Rektor UiTM Sarawak, Datuk Jamil Hamali berkata, sebanyak 50,000 mililiter pembasmi kuman dihasilkan dan dibotolkan untuk diagihkan kepada hospital yang memerlukan di sekitar Kuching dan Samarahan.

Sumber: Harian Metro

 

 

Sarawak Kita