+6019-362 7935 [email protected]

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak membuka 49 kertas siasatan membabitkan 60 individu yang ditangkap atas pelbagai kesalahan rasuah dengan nilai suapan lebih RM2.3 juta dalam tempoh Januari sehingga semalam.

Tangkapan membabitkan 28 penjawat awam, 28 orang awam, tiga pihak swasta dan seorang warga asing. Seramai 30 individu sudah dituduh di mahkamah membabitkan tujuh penjawat awam, 18 orang awam dan lima pihak swasta.

Individu lain masih menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

 

Sarawak Kita