+6019-362 7935 [email protected]

Dengan jumlah yang terhad, solat Jumaat hanya dibenarkan diadakan di masjid di seluruh negeri mulai 22 Mei ini. Kebenaran solat Jumaat di masjid mulai minggu depan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.

Berdasarkan kenyataan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha, kebenaran itu diberi dengan syarat tertentu yang harus dipatuhi oleh semua pihak pengurusan masjid dan surau.

  • Syarat yang ditetapkan MIS iaitu hanya empat orang dan tidak melebihi 12 orang menunaikan solat Jumaat.
  • Mereka yang dibenarkan itu ialah pegawai masjid iaitu imam, bilal dan merbot serta ahli jawatankuasa masjid itu sahaja dan mereka harus mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh MIS

Dirayu kerjasama semua pengurusan masjid dan surau agar mematuhi garis panduan yang ditetapkan demi keselamatan semua pihak.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita