“Hasil pemeriksaan dan maklumat yang dikumpul itu, kita berjaya menahan seorang lelaki di sebuah lokasi di Sungai Way, kira-kira jam 10 malam dan sejam selepas itu, kita tahan seorang wanita Vietnam di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Dalam tangkapan di Sungai Way, kita rampas satu plastik dipercayai berisi dadah jenis ketamin seberat 1 kg dan 800 biji pil disyaki Erimin 5 yang disembunyikan di dalam alat pembesar suara yang diubah suai.
“Kita turut merampas pelbagai dadah menerusi tangkapan kedua iaitu 300 gram ketamin, pil Erimin 5 (500 biji), pil Ecstacy (340 biji) dan kapsul disyaki berisi serbuk Ecstacy (100 biji),”
Dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah, satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan khidmat kurier untuk menyeludup dadah ke Sabah dan Sarawak tumpas.
Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, tiga anggota sindiket berjaya diberkas dan pelbagai jenis dadah seberat lebih 9 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM181,790 berjaya dirampas.
Sumber: Berita Harian