+6019-362 7935 [email protected]

“Sebagai pembanci, saya percaya ia merupakan pengalaman yang amat berguna dan tidak dapat dilupakan. Ia adalah pengalaman pembelajaran di mana anda turun padang dan melihat sendiri keadaan di lapangan.

Oleh itu, kita mengalu-alukan orang ramai terutama bagi mereka yang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon menjadi pembanci dalam tempoh tiga minggu sempena pelaksanaan Banci 2020 pada 7 Julai 2020,”- Dato Sri Fatimah Abdullah¬†

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menawarkan sebanyak 8,024 kekosongan jawatan sambilan sebagai pembanci ditawarkan untuk pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) di Sarawak.

Orang ramai yang berminat untuk memohon jawatan ini, boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.mycensus.gov.my atau pun mengikuti Facebook, Twitter dan Instagram untuk program berkaitan banci termasuk pengambilan kerja sambilan.

SUmber: Utusan Borneo

 

 

Sarawak Kita