Berpegang kepada Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958, Sarawak akan mengawal selia aktiviti perlombongan minyak dan gas di negeri ini.
Bagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, walaupun Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 diiktiraf di peringkat Persekutuan, namun di Sarawak aktiviti perlombongan minyak dan gas masih tertakluk kepada undang-undang negeri iaitu OMO 1958.
Sarawak mempunyai hak untuk mengawal selia aktiviti minyak dan gas di negeri ini berdasarkan OMO 1958 setelah diputuskan oleh mahkamah.
“PDA bukanlah satu bentuk perjanjian, tetapi ia adalah akta yang diguna pakai untuk negara, namun pada masa yang sama Sarawak juga memiliki undang-undang berkaitan minyak dan gas yang diiktiraf. Ini yang tidak difahami sehingga timbulnya tuduhan dan andaian yang tidak tepat mengenai PDA dan OMO,”
Sumber: Metro