+6019-362 7935 admin@sarawakkita.com.my

Sesi persekolahan yang akan dibuka telah ditangguhkan hingga 17 Ogos bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Rendah di tiga Bahagian di Sarawak.

Sebelum ini, pihak berwajib memutuskan sekolah di tiga Bahagian terbabit iaitu Kuching, Padawan dan Samarahan dibuka pada 3 Ogos. Namun, situasi pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di tiga Bahagian itu menyebabkan tempoh penutupan sekolah dilanjutkan.

Keputusan itu diambil selepas pihaknya menerima nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Majlis Keselamatan Negara.

“Keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan sekolah itu juga dicapai selepas mendapat persetujuan bersama antara semua pihak, termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.” – JPBN Sarawak

Sumber: Berita Harian

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!