+6019-362 7935 [email protected]

Tindakan tegas diteruskan oleh polis Sarawak terhadap individu yang sengaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menyaksikan jumlah yang dikenakan kompaun semakin meningkat.

Dalam tempoh 24 jam mulai jam 8 pagi semalam hingga jam 8 pagi ini sahaja, seramai 110 orang dikenakan tindakan kompaun. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata Kuching merekodkan jumlah paling ramai yang dikompaun iaitu 22 orang, diikuti Sibu (20), Sarikei (11), Kota Samarahan (9), Betong (9), Miri (7), Bau (6), Padawan (5), Kapit (4), Simunjan (3), Bintulu (2), Serian (2), Matu Daro (2), Song (2), Marudi (2), Kanowit (2) dan Lawas (2).

“Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap kerana ingkar PKP sejak 18 Mac adalah seramai 586 orang,”

Mereka yang dikompaun RM1,000 perlu membuat pembayaran di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan bagi mengelak diambil tindakan seterusnya.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita