Sepajang tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, kelab malam dan restoran yang berkonsepkan bistro sama sekali tidak dibenarkan untuk beroperasi
Ini dimaklumkan sendiri oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. Terdapat premis dalam kategori berkenaan mengambil peluang untuk beroperasi sejak pembukaan sektor ekonomi negeri itu pada 12 Mei lalu, menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Terdapat salah faham kerana ada premis seperti restoran berkonsepkan bistro masih dibuka. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi terlebih dahulu,”
Sumber: Astro Awani