Untuk memudahkan umat Islam, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan kaedah alternatif untuk membayar zakat fitrah tahun ini. Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, pembayaran secara dalam talian itu boleh dibuat menerusi portal Baitulmal Kamek.
Menurutnya, pembayaran juga boleh dibuat menerusi MyEG, Maybank2U dan Snap N Pay.
“Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan oleh Mufti Negeri Sarawak dengan nilai RM7 seorang.
“Dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TBS turut menyediakan alternatif bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah iaitu secara dalam talian,”