Telah berlaku kemalangan teruk kira-kira 11.50 pagi (14 Januari 2020). Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital daerah Simunjan. Seorang penumpang wanita terbunuh manakala tiga yang lain mengalami kecederaan ketika kenderaan pacuan empat roda mereka bertembung dengan lori 10 tan di Sebangan, Simunjan.
Si mati dikenal pasti sebagai Poziah Undin, seorang penumpang belakang, berusia 64 tahun, manakala mereka yang cedera parah dikenali sebaga Izat Al-Hakim Khairul Azizi (pemandu) dan Kartinah Firdaus (penumpang). Bagaimanapun, penumpang kerusi hadapan, Fatimah Zainuddin, isteri seorang anggota Dewan Undangan Negeri, terselamat dengan kecederaan ringan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan berkata, pemandu lori tersebut tidak tercedera dalam kemalangan yang berlaku di persimpangan jalan Kakus-Sebuyau di Sebangan, kira-kira 20 km dari bandar Simunjan.
Sumber: Malay Mail