Di Kota Samarahan, seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi korban terbaharu wabak Covid-19 di Sarawak. Lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.
Ia menjadikan jumlah korban akibat wabak Covid-19 di Sarawak kini meningkat kepada lapan orang. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sebanyak 21 kes positif direkodkan di Sarawak hari ini.
Beliau berkata, 20 daripadanya dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala satu lagi di Hospital Sibu.
“Kes positif terbaharu itu menjadikan sejumlah 135 disahkan jangkitan wabak Covid-19 di Sarawak sehingga kini.
“Ketika ini kami meningkatkan kemampuan untuk melakukan Transcription-Polymerase Chain Reaction (PCR).”
Sumber: Harian Metro