Seorang peniaga dan pendandan rambut ditangkap polis kerana disyaki mengedar dadah semasa serbuan yang dilakukan di Sibu pada Jumaat lalu.
Suspek masing-masing berusia 34 dan 29 tahun, ditahan di sebuah rumah di Lorong RTM sekitar jam 8.20 malam berikutan maklumat yang diterima.
“Kedua-dua suspek ditangkap ketika berada di dalam kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang diparkir di garaj rumah.” – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (NCID) ACP Jasmirol Jamaluddin