“Ahli keluarga murid menghubungi SK Petra Jaya menyatakan anak mereka tidak boleh datang ke sekolah hari ini (13 Februari 2020)”
Seorang pelajar kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya, diarah menjalani kuarantin diri sebagai langkah berjaga-jaga terhadap koronavirus COVID-19.
Arahan itu dikeluarkan selepas satu keluarga seorang pelajar PPKI menerima kuarantin perintah dari Pejabat Kesihatan Kuching beberapa hari lalu. Ini kerana salah seorang daripada ahli keluarga terbabit mengalami demam selepas pulang dari Singapura.
Sumber: Berita Harian