Seorang kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disahkan positif koronavirus (Covid-19) setelah dimaklumkan pihak kesihatan kerajaan baru-baru ini.
SKMM menjelaskan kakitangan itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil. Sebagai langkah berjaga-jaga, SKMM sebelum ini turut mengarahkan individu berkenaan bagi menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah sejak 4 Mac lalu, susulan mendapati suami individu itu mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.
“Pengurusan SKMM telah dan sedang berusaha memastikan tahap kesihatan dan persekitaran kondusif yang maksimum di semua premis SKMM dengan langkah pencegahan seperti penyediaan cecair pembasmi kuman, pemeriksaan wajib suhu badan, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan di ibu pejabat serta semua pejabat negeri SKMM,” – SKMM
Sumber: Sinar Harian