Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua warga asing, tanpa mengira warganegara, yang telah pergi ke China, Korea Selatan, Itali dan Iran sejak 14 hari lalu, tak dibenarkan memasuki Sarawak.
Dalam mengumumkan larangan perjalanan terbaru yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk menngekang penyebaran Covid-19, beliau berkata semua rakyat Malaysia yang bukan penduduk Sarawak yang telah ke empat negara ini dalam 14 hari terakhir juga dinasihatkan untuk tidak melawat negeri ini.
“Semua penduduk Sarawak dan PR (Penduduk Tetap), pemegang pas kerja dan pelajar yang telah ke tanah besar China, Korea Selatan, Itali dan Iran dalam tempoh 14 hari yang lalu mesti menjalani kuarantin rumah wajib selama 14 hari. Mereka akan dikenakan pemantauan rawak oleh pihak berkuasa perubatan,” – Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Sumber: Malay Mail