+6019-362 7935 [email protected]

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengumumkan bahawa semua gimnasium awam dan swasta di Kuching akan ditutup serta merta sementara kedai makanan hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, sehingga diberitahu kelak.

Pengerusinya, Douglas Uggah Embas berkata semua acara sosial dan rasmi akan dihadkan kepada maksimum 200 orang.

Sarawak melaporkan sejumlah 27 kes Covid-19 hari ini, termasuk 15 kenalan rapat seorang lelaki yang didapati positif pada hari Isnin (26 Okt).

 

Sarawak Kita