Keseluruhannya seramai 7,318 penerima bantuan di Sarawak layak menerima sumbangan menerusi program Sejambak Kasih yang disediakan bagi meringankan beban mereka menyambut perayaan Tahun Baharu Cina
Penduduk Kuching mencatatkan jumlah penerima paling ramai iaitu 2,699 orang, Sibu (1,949), Miri (680), Sarikei (395), Serian (339), Sri Aman (254), Bintulu (252 ), Samarahan (218), Limbang (177), Mukah (172), Betong (161) dan Kapit (52).
Penerima menerima wang tunai RM100 serta hamper bernilai RM50. Tahun lalu, kerajaan Sarawak sudah memperuntukkan sebanyak RM20.8 juta untuk diagihkan kepada 26,731 bayi yang didaftarkan untuk menerima Endowment Fund Sarawak (EFS)
Sumber: Berita Harian