Tiga daripada lima kes dilaporkan bagi kluster ini mempunyai sejarah pergerakan di premis-premis Wisma Saberkas.
Dua kes lagi merupakan pekerja di Wisma Saberkas dan dikesan positif menerusi saringan pengesanan kes aktif yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).
Sembilan kes positif COVID-19 terbaharu dilaporkan di Sarawak semalam dengan lapan kes di Kuching manakala satu kes di Miri.
Daripada jumlah itu, lima kes dikesan menerusi saringan bagi kontak Kluster Wisma Saberkas di Kuching.