Sarawak dalam perancangan untuk mewujudkan bank digital dan akan memohon lesen itu daripada Kerajaan Persekutuan. Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia sebagai menyahut seruan dan inisiatif Malaysia untuk mengeluarkan lesen bank digital.
“Kalau boleh, kerajaan negeri mahu mendapatkan lesen itu kerana sudah mempunyai e-Dompet sendiri iaitu Sarawak Pay.” – kata Ketua Menteri Sarawak
Kini, Sarawak Pay menjalinkan kerjasama dengan e-Dompet global iaitu Union Pay di China. Jadinya, ia sekali gus membolehkan transaksi Sarawak Pay menembusi pasaran China dan juga Eropah.
“Bermakna sekarang transaksi Sarawak Pay boleh digunakan di mana sahaja dalam Union Pay, khususnya di China dan Eropah,” – Kata Ketua Menteri Sarawak
Sumber: Harian Metro