Setelah sekian lama ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa 18 Mac lalu, kini sebanyak 191 daripada 193 sekolah menengah di negeri ini dibuka semula.
Menurut Pengarah Pendidikan Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus, ini membabitkan 33,048 pelajar tingkatan lima dan 5,933 pelajar tingkatan enam. Semua sekolah diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan.
“Saya bersyukur apabila melihat sendiri sekolah mematuhi SOP seperti yang ditetapkan. Pihak sekolah melaksanakan tugas dengan baik dan murid memulakan sesi persekolahan seperti biasa dengan normal baharu,”
Sumber: Berita Harian