+6019-362 7935 [email protected]

“Jumlah kes positif yang telah sembuh dan didiscaj adalah kekal seramai 523 orang atau 94.58 peratus.
 Manakala, seramai 16 kes Person Under Investigation (PUI) baharu direkodkan. 19 kes pula masih menunggu ujian makmal,”

Dilaporkan pada 5 Jun 2020 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bahawa terdapat pertambahan satu kes baharu COVID-19 setelah tiada rekod dicatatkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut di negeri itu.

Namun begitu, maklumat berkenaan mangsa tidak didedahkan. Kes itu dilaporkan di Simunjan sekali gus menjadikan status daerah itu yang sebelum ini hijau kepada kuning.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif virus COVID-19 di negeri itu adalah 553 kes.

Sumber: Awani

 

Sarawak Kita